Pengenalan Image Map

Followers

Saturday, April 28, 2012

Kajian Sejarah, Perubahan dan kesinambungan org asli suku kaum Kensiu, Baling.

Sejarah Masyarakat Orang Asli Suku Kaum Kensiu, Lubuk Legong, Baling.

Kensiu adalah suku kaum Orang Asli dari rumpun bangsa Semang-Negrito, yang kini hanya tinggal di perkampungan Orang Asli Lubuk Ulu Legong, Baling Kedah dan jaraknya lebih kurang 12 km dari Bandar Baling. Walaupun, dari sejarah asal mengatakan bahawa Orang Asli hidup secara normad iaitu berpindah randah dari satu tempat ke satu tempat lain. Suku kaum ini dikatakan mempunyai bilangan ahli yang paling sedikit di kalangan suku kaum Orang Asli di Malaysia. Mereka juga dikatakan sebagai suku kaum yang tertua sekali. Pada asasnya, suku kaum Kensiu ini dikatakan mempunyai pertalian keluarga di Kampung Rai, Yala, Thailand. Manakala, berdasarkan maklumat lisan, masyarakat Kensiu ini berasal dari Kuala Kedau dan Ulu Legong. Semasa kemasukkan Jepun ke Tanah Melayu sekitar tahun 1941 dan 1942, suku kaum Kensiu ini telah melarikan diri ke merata tempat di negeri Kedah. Di antara tempat yang dituju ialah ke Parit Panjang, Kampung Bendang Man di Sik, Kampung Sungai Celak dan Kampung Tiak di Kupang, Baling.

Seterusnya, pada masa kini penempatan yang dibina oleh kerajaan iaitu di Perkampungan Orang Asli Kampung Lubuk Ulu Legong telah mengumpulkan suku kaum Kensiu di satu tempat. Suku kaum Kensiu ini telah menetap di sini sememjak 1957 di lot No. 3623 yang telah ditawarkan pada tahun 1958 sebagai Rezab Orang Asli iaitu dengan keluasan tanah sebanyak 428 ekar. Pembukaan perkampungan Orang Asli Lubuk Ulu Legong adalah cetusan idea daripada Sultan Kedah iaitu Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah.

Asal usul nama kampung Lubuk Ulu Legong diambil sempena Lubuk Bedil yang terdapat di dalam sungai berhampiran kampung tersebut. Sejarah bermula apabila askar Jepun pada masa tersebut telah membuang sebiji bedil ke dalam lubuk sungai. Bertitik tolak daripada peristiwa tersebut kawasan berkenaan dikenali sebagai Kampung Lubuk Legong yang mana kini dikenali sebagai kampung Lubuk Ulu Legong. Melalui pembukaan kawasan tersebut bermulalah petempatan secara rasmi bagi suku kaum Kensiu.









No comments:

Post a Comment